21 Julai 2014

:: RESEPI | Pasta Goreng Seafood ::

Salam uols…J

Hari ni Asiah rajin sikit nak taip resepi pasta goreng yang dah lama tertunggak kat draft ni. Meh sini pakat dekat sikit salin resepi simple Asiah ni. Semuanya main campak2 ye uols...(",)
Bahan2

Udang
Sotong
1/4 Pasta (terpulang nak guna pasta jenis ape)
3 ulas awang putih (cincang)
½ labu bawang besar Holland (cincang)
Kobis (terpulang nak letak sayur ape)
Tomato (belah 6)
2/3 sudu Cili kering blender
Sos tiram
Sos cili
Kicap

Cara :-

  1. Rebus pasta hingga masak & toskan
  2. Panaskan minyak masak@olive oil. Asiah guna minyak naturel
  3. Masukkan bawang putih . Masak sehingga kekuning-kuningan
  4. Masukkan bawang besar. Masak sehingga kekuning-kuningan
  5. Masukkan cili blender. Masak sehingga cili pecah minyak
  6. Masukkan sos tiram, kacau
  7. Masukkan sos cili. Biarkan sekejap
  8. Masukkan udang, sotong & gaul sekejap
  9. Masukkan pasta bersama kobis & tomato
  10. Gaul biar mesra.
  11. Masukkan kicap & gaul
  12. Bila nampak sayur dah masak bleh la angkat & hidangkan .


selamat mencube...(",)

3 ulasan:

idzwa kamaruddin berkata...

nanti nak buat la..

LYAfrina berkata...

Sedapnya ...
Blh dicuba..

Siti Asiah berkata...

IDZWA :Jangan lupa buat tau. senang jerk...hehe

LYAFRINA : Nnt dah cube post kat blog ye Lya...;)