7 April 2013

:: Locong @ Sekoteng ::

Assalamualaikum & Salam sejahtera uolss...(",)

sumber
Tiba-tiba je tekak ni terasa nak makan locong plak. 
Terbayang2 jer 'wajah' locong ni...huhu, Mungkin sekarang kan musim panas, tu yang teringin nak makan locong ni kot. Locong ni kan penyejuk tekak...hihi. Lagipun memang dah lama Asiah tak makan locong ni...(",). Kalau korang nak tahu, locong ni adalah sejenis pencuci mulut dan hanya kat Kelantan je kot ada menda alah ni.

Dan satu lagi Asiah tak pasti samada locong & sekoteng ni menda alah yang sama. Sebab sekoteng perlu dimasak dahulu sebelum dimakan@dalam keadaan kering, manakala locong plak sudah sedia untuk dimakan@dalam keadaan basah.
 Tapi kedua2nya diperbuat daripada bahan yang sama iaitu SAGU. 
Mungkin mende yang sama kot.
 Nama je lain...(",)
Kalau kat Kelantan kat pasar banyak orang jual locong ni. Locong ni diletak dalam plastik bersama air sama macam packaging cendol. RM1 satu plastik kalau tak silap Asiah. Selalunya time bulan Ramadhan meriah dengan locong ni. Rasa locong ni kenyal cam cendol@pearl dalam Cool Blog tu. Cara makannya pelbagai, ayah Asiah suka makan dengan air gula je, Asiah suka makan dengan susu pekat manis+ais. Boleh jugak dimakan bersama gula melaka + santan.. .Sejuk je tekak bila makan locong ni...huhu, alangkah bestnya kalau ada orang jual locong kat Jengka ni. Tak sabar nak balik kampung(tiba2) nak makan locong....(",)

Hidangan locong yang sedia untuk dimakan...tergoda tak?...(",)
p/s : Semua gambar ni Asiah copy & paste dari Google Image

3 ulasan:

Nadiah Sidek berkata...

nampak macam cendol. bukan rupanya ye

LYAfrina berkata...

locong??

lya panggil cendol..

Siti Asiah berkata...

Nadiah Sidek : Aah bukan cendol. tapi sifatnya sama cam cendol...hihi

LYAfrina : aah Lyafrina orang Kelantan panggil mende ni LOCONG. Asiah ore kelate...(",)