Salam uols
Bile Bace artikel ni terasa sangat Asiah banyak abaikan kakak sejak lahirnye Aira...huhu, kesian kakak. Ibu minta maaf ye kakak...;(
Menyambut
kelahiran cahaya mata kedua bukan sahaja menggembirakan hati ibu dan bapa,
malah ia memberi satu pengalaman baru buat si abang / kakak. Setelah membawa
pulang bayi pulang ke rumah, ibu bapa mungkin perlu berhadapan juga dengan
tindakan abang / kakak yang lebih banyak mengemukakan pertanyaan, berasa cemas
dan takut atau mempunyai rasa ingin tahu terhadap perlakuan ibu kepada adiknya.
Mengejutkan
juga apabila anda menyedari bahawa anak sulung itu mahu membantu anda melayani
si kecil. Jadi, bagaimana anda menangani perkara ini? Apa yang anda harus
lakukan?
Jelaskan pada anak
Sebaik
sahaja anda didapati hamil, anda perlu mempersiapkan anak sulung lebih awal.
Anda perlu memberitahunya mengenai kehamilan anda, kehadiran adik barunya dan
persiapan ini haruslah dilakukan sesuai dengan usia anak.
Selalu bersama
Anda
boleh menjelaskan kepada anak yang lebih tua bahawa anda pernah mengasuh mereka
dengan cara yang sama seperti adiknya itu. Cara ini, anak sulung anda akan
merasa diri lebih dihargai apabila mengetahui mereka juga pernah diasuh dengan
cara sedemikian.
Selain
itu, anda boleh memberikan tugas-tugas mudah kepada abang / kakak dalam
membantu anda mengasuh bayi. Aktiviti-aktiviti ini boleh mendekatkan hubungan
abang / kakak dengan adik barunya. Ia juga merupakan masa yang tepat untuk anda
menyampaikan nilai-nilai penting dalam kekeluargaan.
Atasi rasa cemburu
Kanak-kanak
mudah merasa kehilangan perhatian apabila mereka mengetahui hadirnya seorang
lagi anggota keluarga. Kanak-kanak akan mengambil sedikit masa untuk memahami
keadaan tersebut tetapi mereka akan menyedari bahawa kehadiran bayi tersebut
akan mengambil perhatian anda daripada mereka. Abang / kakak melihat bayi
mendapat semua perhatian yang sebelumnya hanya untuk dirinya.
Tidak
kurang juga ada anak yang lebih tua mahu menyusu kembali selepas melihatkan
adiknya menyusu. Jangan sesekali merasa khuatir kerana secara semula jadinya,
keinginan tersebut hadir kerana ingin tahu.
Oleh
itu, rasa ingin tahu anak ini harus dipenuhi dengan membiarkan mereka
mencubanya. Jika kemahuan ini dipenuhi dan anda juga harus berusaha
menggantikan sesuatu yang lebih istimewa, maka anak yang lebih tua ini akan
lupa dengan sendirinya.
Sebaiknya,
jangan sesekali anda mengabaikan kehadiran si abang / kakak. Berikan tumpuan
yang sama untuk kesemua anak anda agar mereka tidak berasa disisihkan. Jika
anda mengucup bayi, jangan lupa kucup juga anak yang lebih tua. Pasti dengan
cara ini, mereka berasa dihargai dan tahu bahawa ibu masih menyayangi dirinya.
4 ulasan:
selalu ingatkan diri jgn buat macam tu sbab selalu rasa buat camtu kat ank no 2... kesian dia...
kena take note ni...xleh beza-bezakan anak..
Salam, adik ipar baru dapat anak ke 2, smlm dia bagi tahu yang anak sulungnya tak mau balik ke rumah..menangis2 nak ikut nenek..ha, ini kes tak dapat perhatian la kan..sedih adik ipar che mid..
akk tengok citer korea tu online je...kat astro lambat...
Catat Ulasan