16 Disember 2013

:: Ada Si Kecil JANGAN Abaikan Yg Besar ::

Salam uols
Bile Bace artikel ni terasa sangat Asiah banyak abaikan kakak sejak lahirnye Aira...huhu, kesian kakak. Ibu minta maaf ye kakak...;(
Menyambut kelahiran cahaya mata kedua bukan sahaja menggembirakan hati ibu dan bapa, malah ia memberi satu pengalaman baru buat si abang / kakak. Setelah membawa pulang bayi pulang ke rumah, ibu bapa mungkin perlu berhadapan juga dengan tindakan abang / kakak yang lebih banyak mengemukakan pertanyaan, berasa cemas dan takut atau mempunyai rasa ingin tahu terhadap perlakuan ibu kepada adiknya.

Mengejutkan juga apabila anda menyedari bahawa anak sulung itu mahu membantu anda melayani si kecil. Jadi, bagaimana anda menangani perkara ini? Apa yang anda harus lakukan?

Jelaskan pada anak
Sebaik sahaja anda didapati hamil, anda perlu mempersiapkan anak sulung lebih awal. Anda perlu memberitahunya mengenai kehamilan anda, kehadiran adik barunya dan persiapan ini haruslah dilakukan sesuai dengan usia anak.

Selalu bersama
Anda boleh menjelaskan kepada anak yang lebih tua bahawa anda pernah mengasuh mereka dengan cara yang sama seperti adiknya itu. Cara ini, anak sulung anda akan merasa diri lebih dihargai apabila mengetahui mereka juga pernah diasuh dengan cara sedemikian.

Selain itu, anda boleh memberikan tugas-tugas mudah kepada abang / kakak dalam membantu anda mengasuh bayi. Aktiviti-aktiviti ini boleh mendekatkan hubungan abang / kakak dengan adik barunya. Ia juga merupakan masa yang tepat untuk anda menyampaikan nilai-nilai penting dalam kekeluargaan.


Atasi rasa cemburu
Kanak-kanak mudah merasa kehilangan perhatian apabila mereka mengetahui hadirnya seorang lagi anggota keluarga. Kanak-kanak akan mengambil sedikit masa untuk memahami keadaan tersebut tetapi mereka akan menyedari bahawa kehadiran bayi tersebut akan mengambil perhatian anda daripada mereka. Abang / kakak melihat bayi mendapat semua perhatian yang sebelumnya hanya untuk dirinya.

Tidak kurang juga ada anak yang lebih tua mahu menyusu kembali selepas melihatkan adiknya menyusu. Jangan sesekali merasa khuatir kerana secara semula jadinya, keinginan tersebut hadir kerana ingin tahu.

Oleh itu, rasa ingin tahu anak ini harus dipenuhi dengan membiarkan mereka mencubanya. Jika kemahuan ini dipenuhi dan anda juga harus berusaha menggantikan sesuatu yang lebih istimewa, maka anak yang lebih tua ini akan lupa dengan sendirinya.

 Sebaiknya, jangan sesekali anda mengabaikan kehadiran si abang / kakak. Berikan tumpuan yang sama untuk kesemua anak anda agar mereka tidak berasa disisihkan. Jika anda mengucup bayi, jangan lupa kucup juga anak yang lebih tua. Pasti dengan cara ini, mereka berasa dihargai dan tahu bahawa ibu masih menyayangi dirinya.


4 ulasan:

msredcheesecake berkata...

selalu ingatkan diri jgn buat macam tu sbab selalu rasa buat camtu kat ank no 2... kesian dia...

aanie berkata...

kena take note ni...xleh beza-bezakan anak..

che mid berkata...

Salam, adik ipar baru dapat anak ke 2, smlm dia bagi tahu yang anak sulungnya tak mau balik ke rumah..menangis2 nak ikut nenek..ha, ini kes tak dapat perhatian la kan..sedih adik ipar che mid..

msredcheesecake berkata...

akk tengok citer korea tu online je...kat astro lambat...