26 Ogos 2014

:: RESEPI | Mihun Goreng Kampung ::

Salam…J

Jom kite masak MIHUN GORENG KAMPUNG hari ni uols…J
Meh kite tengok bahan2 & cara memasaknye. Senang je uols, campak2 jerk,teheeeJ

Bahan2 :-
  • ½ plastik mihun FAMA
  • Ikan bilis(yang telah digoreng)
  • 2 biji telur
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili api
  • Kobis
  • Minyak utk memasak
  • Gula & garam
Cara2 :-
  1. Rendam mihun dengan air biasa(sementara siapkan bahan2 lain)
  2. Tumbuk bawang putih bersama cili
  3. Panaskan minyak
  4. Masukkan bahan yang ditumbuk
  5. Bila naik bau pecahkan telur & bagi telur tu hancur
  6. Masukkan ikan bilis & kacau
  7. Masukkan sayur & perasakan dengan garam & gula sesedap rase korang ye & kacau sekejap
  8. Masukkan mihun dengan sedikit air & kacau
  9. Bila mihun dah lembut bolehlah angkat & makan bersama sambal kicap.
Selamat mencube…J

Tiada ulasan: