29 Jun 2016

:: Mee Sup Campur | Resepi ::

Salam & hai korang J

Hari ni Asiah nak kongsi resepi Mee Sup Campur (kuetiau,mee & mihun) plak.

Bahan2 :-

5 ulas Bawang putih
5 batang Daun bawang
¼ Kobis manis
Bunga kobis
Pak choy (sawi cina)
Tomato (ptg 6 bahagian)
2 keping Fish cake
Fish ball
Ayam dada (potong dadu)
Mihun, mee, kuetiau
Minyak
Air
Garam & gula

Cara2 :-

-         Panaskan minyak
-         Masukkan bawang putih yang diketuk
-         Bila bawang putih dah berbau wangi, masukkan ayam & daun bawang
-         Bila ayam dah masak, masukkan fish cake & fish ball
-         Masukkan air (agak2 je banyak mana)
-         Bila air dah mendidih masukkan sayur2an &  tomato.
-         Gaul & perasakan dengan garam & gula. biarkan sekejap
-         Nampak sayur dah masak (jgn spai layu sgt) boleh lah hidang bersama mee + mihun + kuetiau yg dicelur. Taburkan bawang goreng, cili potong & daun sup.
-         Boleh di makan bersama sambal kicap @ sos cili + kicap


1 ulasan: