15 September 2011

:: 16 September 2011 ::

Korang tau tak ada ape dengan 16 Sept  nie???
Tau....
ader cuuuutiiii.....
yuhaaaa...........esok cuti
heep,heep...hooooraayyyy
itu jew korang tahu???....
hehe, 
gurau jerk
meh sini aku storykan untuk aku & korang yea

16 Sept ni adalah Hari Malaysia
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun
untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia 
di tarikh yang sama pada tahun 1963
Ia menandakan penyertaan bersama
bagi membentuk Malaysia

sumber : Google image


Pembentukan persekutuan baru ini 
dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 
namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 
bagi membolehkan ia disambut bersama-sama
dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6
Beberapa isu berkaitan dengan bantahan
Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia
memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September 
pada tahun yang sama

 sumber : Google image

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan
memperuntukkan masa membuat pungutan suara
di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah 
sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri 
Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia
Mulai tahun 2010...
Hari Malaysia juga merupakan cuti am
di semua negeri di Malaysia
(sumber : wikipedia/google)

Inilah ceritanya...
aku ni slow sikit bab2 sejarah nie...
time sekolah dl pon asyik ngantokss jer...zzzzzz 
time subjek sejarah..
hehe...

arap kite same2 ingat yea ape dia 16 Sept ni...
anyway, selamat menyambut Hari Malaysia
Hari Merdeka...dan selamat bercuti..
have a nice holiday 
bersame orang tersayang ...
cuti2 Malaysia....;)

1 ulasan:

anggunpesona berkata...

Selamat Hari Malaysia Siti. Tima kasih follow blog akak. Tapi blog akak yg sebenarnya ialah di pesonamerahjambu.blogspot.com.