18 November 2011

:: 11 Hak Jiran Tetangga ::

Tahukah anda apa dia hak tetangga itu? Tanya Rasulullah s.a.w.
Beliau menjelaskan seperti berikut :-
  • Jika dia meminta tolong, hendaklah anda menolongnya
  • Jika dia meminta pinjaman, berilah dia pinjaman
  • Jika dia seorang fakir, cukupkanlah keperluannya
  • Jika dia sakit, datanglah menziarahinya
  • Jika dia bergembira mendapat kebaikan, berilah tahniah kepadanya
  • Jika dia ditimpa musibah (bahaya), anda turut bersedih denganya
  • Jika dia mati, anda turut menghantar jenazahnya
  • Jangan meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin ke rumahnya, kecuali dgn izinnya
  • Jangan mengganggu perasaannya dgn bau masakanmu, kecuali anda memberinya sedikit dr makanan itu
  • Jika anda beli buah-buahan, berilah dia sedikit darinya
  • Jika tidak mahu memberinya, masukkanlah barang itu ke dalam rumah secara rahsia, dan jgn biarkan anakmu memakannya di luar untuk menyakiti hati anaknya

Nota : Petikan dr DOSA2 BESAR (edisi lengkap)
          diterbitkan oleh Pustaka Nasional Pte Ltd

3 ulasan:

Oh Oeya berkata...

Sematkan dalam ingatan dan hati.. Terima kasih ya :)

cik helena berkata...

saya rasa mesti ramai yg terlepas pandang hal ne kan..time kasih sharing :)

Siti Asiah berkata...

Oh Oeya & Cik Helena : Ingatan/panduan untuk kite semua..;)