Tahukah anda apa dia hak tetangga itu? Tanya Rasulullah s.a.w.
Beliau menjelaskan seperti berikut :-
- Jika dia meminta tolong, hendaklah anda menolongnya
- Jika dia meminta pinjaman, berilah dia pinjaman
- Jika dia seorang fakir, cukupkanlah keperluannya
- Jika dia sakit, datanglah menziarahinya
- Jika dia bergembira mendapat kebaikan, berilah tahniah kepadanya
- Jika dia ditimpa musibah (bahaya), anda turut bersedih denganya
- Jika dia mati, anda turut menghantar jenazahnya
- Jangan meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin ke rumahnya, kecuali dgn izinnya
- Jangan mengganggu perasaannya dgn bau masakanmu, kecuali anda memberinya sedikit dr makanan itu
- Jika anda beli buah-buahan, berilah dia sedikit darinya
- Jika tidak mahu memberinya, masukkanlah barang itu ke dalam rumah secara rahsia, dan jgn biarkan anakmu memakannya di luar untuk menyakiti hati anaknya
Nota : Petikan dr DOSA2 BESAR (edisi lengkap)
diterbitkan oleh Pustaka Nasional Pte Ltd
3 ulasan:
Sematkan dalam ingatan dan hati.. Terima kasih ya :)
saya rasa mesti ramai yg terlepas pandang hal ne kan..time kasih sharing :)
Oh Oeya & Cik Helena : Ingatan/panduan untuk kite semua..;)
Catat Ulasan