23 April 2012

:: Drama 3Janji TV3 ::

Salam uols...

Hari ni aku nak cite pasal drama yang aku tengah layan sekarang...nak tau drama ape?
hihi...mestilah drama tengah hot skang tu...3janji...
so, ape kata korang layan sinopsis drama ni erk...:)

Kredit : Google Image
Drama 3 Janji, lakonan Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle dan Shah Iskandar. Antara pelakon lain yang turut sama menjayakan drama 3 Janji ni ialah Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Rosnah Johari, Zara Zya.

Drama ni  Mengisahkan Dalia (lakonan Liyana Jasmay) dan Khursyi yang berkawan sejak kecil, mereka rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain serta saling memahami. Malangnya Khursyi telah pergi dahulu semasa mereka ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan hendak mengambil keputusan SPM. Dalia redha dengan pemergian kawan rapatnya Khursyi dan dia selalu ingat akan 3 Janji yang dilafazkan oleh Khursyi kepadanya, iaitu mencari teman hidup yang boleh menjadi teman terbaik, mencari kekasih terbaik buatnya, dan terakhir mencari suami terbaik. Kini muncul dalam hidup Dalia, Kamil dan Yassin, apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati 3JANJI yang pernah diungkapkan oleh Khursyi? Saksikannya setiap Selasa jam 9.00 malam di TV3. (Kredit)

Tiada ulasan: