24 April 2012

:: Drama Mahabbah | Slot Samarinda Tv3 ::

Salam uols...

Lama dah aku tak layan drama...last skali aku rase 
drama Vanilla Coklat & Dinginya Lavenda.
Sekarang baru aku dok layan drama Mahabbah kat slot samarinda TV3.
Korang tengok tak?....Meh aku cerita sikit tentang drama ni yea

Kredit : Google Image

Kisahnya bermula dengan lakonan Nur Fathia(Sabila) seorang gadis yang bekerja di sebuah butik, telah jatuh cinta dengan seorang pemuda lakonan Azlee Khairi(Iskandar). 
Namun percintaan mereka telah ditentang oleh keluarga Iskandar yang mempunyai syarikat perniagaan terkenal.
Walaupun mendapat tentangan namun perhubungan mereka berakhir dengan perkahwinan.
Sehinggalah mereka mendapat seorang anak(Ashraf).Adakah perkahwinan mereka akan berkekalan?Ataupun Iskandar meninggalkan Sabila kerana mengikut kata-kata ibu bapanya?
Semuanya terjawab dengan menonton drama Mahabbah ni yang bersiaran setiap hari 
Selasa dan Rabu jam 10.30mlm, manakala Khamis jam 9.30mlm.
Kalau korang free dan xde apa nak buat, boleh la layan crite nie.Para pelakonya pun best.
Ada Aida Aris, Nur Fathia, Aiman(Vanilla Coklat), Dato Jalaluddin Hassan & Azlee Khairi...;)

Kredit : Google Image






Tiada ulasan: