18 Jun 2011

::: my feberet fruit :::

Salam..


korang sumer watpe tu di hari sabtu yang syahdu ni??...knp syahdu??..sebab aku kene duty hari sabtu(hari ni)
pg kenduri??...tak habis ag kenduri yea...maklum la dah nak menjelang pose nie...
ramai yang amik kesempatan wat kenduri tahlil & kawen skali..
makan free lagi la yea...
cakap pasal makan ni kan...tadi pas sarapan aku makan jamu...
rase xsdap tekak la plak...aku makanla buah epal hijau...untuk bagi rase payau jamu tu hilang...erm,sedap..rase cam sweet sour je... aku slalu makan epal ijau nie..
cicah ngan asam boi la..wat air la..paling feberet skali ...wat jus epal ltak asam boi...
fuh sejuk jew tekak...
tibe2 terpikir mesti byk khasiat kan buah omputeh nie...
so jari jemari aku pun taip la kat google ...so, ini yang aku dapat...
see (scroll kat bawah)

# Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.

# Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik..

kat bawah ni plak aku senaraikan antara kelebihan dan khasiat buah kesukaan aku yang patut korang sumer tahu :-

# Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
#. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
#. Membantu kesihatan membran paru-paru.
#. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
#. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
#. Membantu mengekalkan berat badan.
# Mengurangkan tekanan penyakit asma.
# Mengurangkan risiko barah.
#  Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
# Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
# Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

sekarang korang sume dah tau khasiatnya kan..so,... cube2 lah rase
buah epal ijau nie yea..moga jadi kesukaan korang plak..mane la tau bleh ganti ngan jajan yg korang slalu makan tu...
bertambah la elok kesihatan kite...renung2kan...selamat mencube..hihi 



nota kaki : mcm2 leh wat ngan epal ijau ni..resepi pun byk..
(betul ke nota kaki camni???)

Tiada ulasan: