19 Jun 2012

:: Betik Masak Tumis ::

Salam uols ...

Minggu lepas aku mengidam nak makan Betik Masak Tumis
So, my hubby pusing kuaters cari betik tua yg belum masak lg
yang warna hijau nak2 kuning tu
ntah nak panggil warna ape...hihi
Alhamdulillah, hari Rabu lepas
Dapatla aku merasa Betik Masak Tumis tu

Inilah dia Betik Masak Tumis itu...:)
Ini resepi belah my hubby sebenarnya
Kalau belah aku (Kelantanese) betik tu just masak lemak/masak air je
Tapi diaorang (Jawanese)...wat masak tumis
1st aku makan masakan ni kat umah Makcu
 time kiteorang baru kawen dulu...hihi
Kalau korang nak cube, leh le try resepi aku ni
Hehe...tak susah pun...senang jer...:)

Bahan2 :-
Sebiji betik muda(kecik je)-isinya dah warna kuning
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 biji cili api
Sedikit belacan
Beberapa ekor Udang
minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Cara2 :-
1.Kupas betik & basuh
2. Potong betik panjang2(cam kentang goreng tu)
3.Tumbuk semua bahan2 di atas bermula dengan cili+garam,bwg merah,belacan
4.Tumiskan bahan2 yang ditumbuk tadi sehingga garing
(tapi xdela sampai bwg tu warna kuning)
5.Masukkan udang + kacau
6.Masukkan betik + kacau
6.Masukkan sedikit air 
7.Bila betik dah lembut, boleh la angkat dan hidangkan bersama nasi panas + lauk kegemaran korang...

Selamat mencube...(",)


5 ulasan:

iEdA berkata...

wah, x penah mkn lagi betik msk pape...sllu mkn cm 2 jer.bole try naty neh..hehe ^_^

Suri berkata...

ktorg sebelah utara pulak,suka masak gulai puyuh letak betik separa masak .. :)

Adylia Qarissa berkata...

betik muda buat somtam sedap kan ;p

Ardini Humaira berkata...

waaa leh tumis ye betik.. baru tahu.. biasa wat somtam je hehe.. nanti nak try

Siti Asiah berkata...

Ieda : Try tau...;)

Suri : Tak penah rase tu, leh la Suri masakkan utk asiah...hihi

Adylia Qarissa : Aah...tapi tak pnah wat, penah makan jerk...;)

Ardini Humaira : Cube tau mesti sukeee...;)